Ernesto Guevara (
14 Jun 1928 -
9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai
Che Guevara atau
el Che, ialah
doktor Argentina, serta juga
ahli politik, penyokong
Marxisme, ketua pergerakan, dan
gerila sosialisme di
Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah
Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar
perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh
Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung
kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya
pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan
ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam
revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden
Jacobo Arbenz Guzmán.Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli
separa tentera Fidel Castro yang
merampas kuasa di
Cuba pada tahun
1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan
perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun
1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di
Congo-Kinshasa (kemudian dinamai
Republik Demokratik Congo) dan kemudian di
Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang
Agensi Perisikan Pusat (CIA)
[1]. Guevara
dihukum mati terus oleh
Tentera Bolivia di
La Higuera berhampiran
Vallegrande pada
9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan
sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh
Alberto Korda (di atas) telah disebar luas.
Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20"
[2]